Vivo X6 Dilengkapi RAM Khas Untuk Cip Grafik

Vivo X6 Dilengkapi RAM Khas Untuk Cip Grafik

Diterbitkan pada November 6, 2015 oleh .

Vivo-X6RAM khas untuk kad grafik ialah lumrah bagi pengguna komputer. Tidak mengejutkan kini terdapat kad grafik yang dilengkapi RAM yang lebih besar berbanding komputer desktop dari lima tahun yang lalu. Apabila RAM sistem dan RAM kad grafik tidak dikongsi, komputer akan berjalan dengan lancar. Sistem sebegini tidak digunakan oleh peranti pintar sehinggalah sekarang.

Peranti Vivo X6 yang akan diumumkan beberapa minggu dari sekarang dilengkapi dengan RAM sebesar 4 Gigabyte. Sebanyak 1 Gigabyte dari RAM ini akan digunakan khas hanya untuk cip grafik. Ini sekaligus membuatkan Vivio X6 sebagai peranti pintar pertama yang menggunakan sistem sebegini. Vivo X6 dijangka akan turut menggunakan pemproses MediaTek Helio X20 yang mempunyai sepuluh teras. Gabungan pemproses berkuasa dan sistem RAM khas untuk cip grafik ini secara teorinya akan memberikan kemampuan grafik yang tinggi untuk peranti ini. Pihak Vivo sendiri sudah mengeluarkan video yang menunjukkan X6 berfungsi lebih pantas berbanding sebuah iPhone 6S. Sejauh manakah kemampuan dan kebenarannya hanya akan diketahui apabila peranti ini dilancarkan kelak.

 


TIPS & ULASAN