Razer Membuka Kedai Jualan Atas-Talian Rasmi Di Malaysia

Razer Membuka Kedai Jualan Atas-Talian Rasmi Di Malaysia

Diterbitkan pada November 7, 2015 oleh .

Razer merupakan salah satu jenama popular dikalangan gamer, mahupun mereka yang gemarkan sesuatu aksesori atau komputer riba yang berkuasa. Terkini, pihak Razer dilihat telah pun melancarkan kedai atas-talian rasmi mereka untuk pengguna tempatan, sekaligus memudahkan mereka membuat pembelian barangan Razer di Malaysia.

Razer Official Store

Razer menggunakan platform milik Lelong, iaitu LMall untuk tujuan ini, dan melaluinya Razer menawarkan aksesori seperti tetikus, papan kekunci, mousepad, fon kepala, speaker, komputer riba, gelang tangan pintar, konsol, dan juga komputer riba.

Bersempena pelancaran kedai atas-talian ini juga, Razer menyediakan beberapa promosi khusus berbentuk bundle kepada pengguna tempatan.

Layari : Razer Official Store Malaysia


TIPS & ULASAN