Carian
Senheng Menyertai Arena Telekomunikasi Melalui Senheng Mobile – Dikuasakan RedONE
November 7, 2015 Aman

Senhend seperti ramai sedia maklum, merupakan rangkaian kedai elektronik terbesar di Malaysia. Terkini, mereka turut memperluaskan penawaran mereka bukan hanya sekadar untuk peralatan elektronik sahaja, malah memperkenalkan perkhidmatan telekomunikasi mereka tersendiri dinamakan Senheng Mobile.

Senheng Mobile

Senheng Mobile dikuasakan oleh RedONE yang menumpang rangkaian Celcom – sekaligus menawarkan liputan rangkaian yang menyeluruh di Malaysia. Senheng Mobile menawarkan rangkaian pascabayar, dan menawarkan langganan pada harga serendah RM8 sebulan.

Senheng Mobile

Senheng Mobile

Pengguna Senheng Mobile Plan menawarkan panggilan tanpa had percuma diantara pengguna pelan sama, dan ia dilihat Senheng turut menawarkan peranti bersama-sama salah satu pelan mereka.

Membezakan ia dengan RedONE adalah dimana Senheng Mobile menawarkan rebet 20% Senheng EX Credit atas penggunaan mereka yang boleh digunakan untuk menebus ganjaran daripada pihak Senheng.

Komen