iFlix Untuk Android Kini Membolehkan Anda Memuat-Turun Rancangan Untuk Tonton Offline

iFlix Untuk Android Kini Membolehkan Anda Memuat-Turun Rancangan Untuk Tonton Offline

Diterbitkan pada November 7, 2015 oleh .

iFlix merupakan salah satu perkhidmatan penstriman video tempatan yang mana menawarkan pelbagai koleksi siri-televisyen dan juga turut menawarkan beberapa filem serta animasi. Ia merupakan salah satu perkhidmatan yang digunakan meluas oleh pengguna tempatan, apatah lagi dengan harga langganan serendah RM8 sebulan.

iFlix Download

iFlix sebelum ini telah memperkenalkan sokongan memainkan video melalui Chromecast, dan hari ini turut memperkenalkan kemaskini untuk aplikasi Android yang membolehkan pengguna memuat-turun kandungan untuk ditonton secara offline.

Melalui penawaran iFlix, mereka menawarkan pilihan kepada pengguna sama ada ingin memuat-turun video pada resolusi rendah, pertengahan atau tinggi – dan setiap kandungan yang dimuat-turun disimpan selama tujuh hari untuk ditonton oleh pengguna.

iFlix Download

iFlix Download

Dengan penawaran ini, ia sekaligus membolehkan pengguna memuat-turun pelbagai rancangan daripada iFlix terus ke peranti mudah-alih, dan seterusnya menonton ia pada peranti mudah-alih tanpa risau akan penggunaan data, memandangkan segalanya telah dimuat-turun terlebih dahulu. Sebuah tab khusus dinamakan My Downloads disediakan untuk memudahkan pengguna menguruskan pelbagai kandungan yang dimuat-turun daripada iFlix.

Fungsi ini hanya ditawarkan untuk pengguna peranti Android sahaja buat masa ini dan tidak diketahui lagi sama ada ia akan diperkenalkan untuk pengguna iOS atau tidak.

Kemaskini: Setiap video yang dimuat-turun akan disimpan selama dua hari selepas mula dimainkan, dan hanya 10 fail boleh dimuat-turun dan disimpan pada sesuatu masa.

Muat-Turun iFlix untuk Android


TIPS & ULASAN