Activision Blizzard Hadir Dengan Studio Filem Dan Televisyen Tersendiri

Activision Blizzard Hadir Dengan Studio Filem Dan Televisyen Tersendiri

Diterbitkan pada November 8, 2015 oleh .

Activision Blizzard pada minggu lepas telah membuat kejutan dengan mengambil-alih pembangun permainan Candy Crush Saga pada nilai mencapai RM25 bilion. Selain daripadanya, kini mereka turut dilihat akan melancarkan studio filem tersendiri.

Activision Blizzard

Melalui studio filem mereka, Acitivision Blizzard bakal hadir dengan animasi dan juga siri televisyen menggunakan jenama francais permainan popular mereka.

Untuk terbitan pertama, Activision Blizzard Studios akan hadir dengan siri animasi berasaskan permainan Skylanders. Selain daripada siri animasi ini, Activision Blizzard juga mungkin hadir dengan beberapa siri televisyen lain berdasarkan kepada permainan mereka.

Selain daripada animasi ini, Activision Blizzard juga dijangka hadir dengan filem berasaskan permainan Call of Duty menjelang tahun 2018 atau 2019 kelak.


TIPS & ULASAN