Carian
Chronos Membolehkan Anda Mengubah Jam Tangan Biasa Menjadi Jam Tangan Pintar
November 9, 2015 Aman

Sejak daripada tahun lepas, trend jam tangan pintar semakin meluas – apatah lagi dengan lebih banyak syarikat yang telah mula mengeluarkan dan memasarkannya. Namun, bukan semua yang menyukai jam tangan pintar, dan masih ingin menggunakan jam tangan biasa yang telah pun dimiliki oleh mereka.

Untuk menyelesaikan masalah ini, sebuah peranti baru yang telah diperkenalkan dan boleh dipra-tempah adalah Chronos.

Chronos

Chronos adalah satu aksesori berupa sebuah cakera kecil senipis 3mm, dan boleh dipasang pada bahagian bawah jam tangan anda. Ia boleh dikatakan tidak memberikan kesan jika anda menggunakan jam tangan yang bersaiz besar, tetapi jika menggunakan jam tangan bersaiz kecil – anda mungkin nampak akan perbezaan ketebalan ketika menggunakannya.

Melalui Chronos, anda boleh menggunakan sebuah aplikasi khusus untuk menetapkan dari aplikasi manakah anda ingin menerima notifikasi dalam bentuk gegaran dan sebaliknya. Anda juga boleh menambah untuk memaparkan cahaya lampu untuk setiap notifikasi, tetapi mungkin ramai tidak menyukai perkara berkenaan. Disamping notifikasi, ia juga turut menyertakan sensor untuk memantau aktiviti kecergasan anda.

Chronos boleh digunakan bersama-sama telefon pintar Android dan iOS. Ia dibuka untuk pra-tempahan pada harga $99 (~RM431) pada laman rasmi mereka.

Komen