(Konsep) Shower – Sistem Pembersih Jerebu Untuk Bandar Tercemar

(Konsep) Shower – Sistem Pembersih Jerebu Untuk Bandar Tercemar

Diterbitkan pada November 9, 2015 oleh .

Masuk bulan November dan masalah jerebu yang membelenggu warga Malaysia akhirnya tamat. Ketibaan musim hujan dan berkat kerjasama memadam api dari rakan serantau memadam kawasan yang terbakar di sekitar Indonesia. Indeks pencemaran udara kini kembali kepada “normal” di bawah 50 hampir di seluruh negara. Namun jika anda memandang ke arah Kuala Lumpur sekarang anda masih boleh melihat jerebu menghalang pemandangan Menara Berkembar Petronas. Jerebu buatan tempatan ini sudah wujud berdekad lamanya kerana pencemaran yang teruk di ibu kota.

Shower-Konsep-2

Tetapi pencemaran ini masih boleh diterima jika dibandingkan dengan pencemaran di Beijing. Jerebu teruk menyelubungi Beijing kerana jumlah kenderaan bahan api fosil yang tinggi serta wujudnya kilang di dalam kawasan bandar. Oleh itu ia memberikan idea kepada Sun Sichen untuk mencipta konsep Shower. Ia adalah sistem pancuran air yang dipasang di atas bangunan pencakar langit. Apabila puluhan Shower diaktifkan, air yang dipancutkan akan memerangkap partikel jerebu dan mengurangkannya. Setiap Shower mampu memancutkan air di dalam lingkungan diameter 100 meter. Air yang tumpah di atas kubah kaca Shower ini boleh dikumpulkan semula dan digunakan untuk mengairi tumbuh-tumbuhan di dalam rumah kaca di dalam Shower. Sebuah konsep terdesak bagi warga Beijing. Tetapi sekiranya anda pernah ke Beijing ketika musim sejuk anda pasti bersetuju bandaraya ini sememangnya mempunyai masalah pencemaran udara dan bau yang kronik.

Shower-Konsep-3  Shower-Konsep


TIPS & ULASAN