Cari @ Amanz

Samsung pada tahun ini agak memfokuskan kepada peranti dibawah keluarga Galaxy A, dimana hadir dengan rekaan yang premium dan harga yang sedikit murah berbanding dengan keluarga peranti Galaxy S. Beberapa bulan lepas, mereka telah memperkenalkan Galaxy A8, dan kini desas-desus mengenai Galaxy A9 telah mula kedengaran.

Samsung Galaxy A7

Samsung Galaxy A9 dikatakan akan membawakan skrin bersaiz 6-inci, sekaligus dikategorikan dibawah keluarga peranti phablet. Di rantau Asia, peranti dengan skrin bersaiz besar agak popular, memandangkan ramai yang menggunakan telefon pintar sebagai peranti untuk melakukan tugasan menggantikan komputer mudah-alih.

Telefon pintar ini turut dikatakakan akan dilengkapi cip Snapdragon 620, paparan 1080p dengan skrin Super AMOLED, dan memori 3GB RAM. Samsung dijangka menyertakan kamera 16-megapixel bersama-sama dengannya.

Tarikh pelancaran peranti ini masih menjadi tanda tanya buat masa ini, termasuk dengan harganya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd