R40 – Cangkerang PC Dengan Sistem Penyejukan Cecair Terbina

R40 – Cangkerang PC Dengan Sistem Penyejukan Cecair Terbina

Diterbitkan pada November 9, 2015 oleh .

Kustomasi cangkerang PC menggunakan sistem penyejukan cecair ialah sesuatu yang masih belum pernah kami lakukan sejak mula menggunakan PC 20 tahun yang lalu. Halangan bagi kami ialah ianya bukanlah projek ubah suai yang mudah dilakukan, memerlukan masa yang banyak dan akhir sekali kos yang tinggi. Tetapi bagi penggemar projek ubah suai PC, R40 rekaan Peder Sahl ini pastinya mengagumkan.

R40-engineering_station_final02

Pedel Sahl ialah seorang penggemar ubah suai PC yang turut merupakan seorang jurutera. Beliau menggunakan kepakaran beliau untuk menghasilkan sebuah cangkerang PC dengan sistem penyejukan air terbina. Keseluruhan tubuh PC berfungsi sebagai tangki simpanan air untuk sistem penyejukan. Bendalir yang digunakan disimpan di dalam bekas lutsinar dan dapat dilihat dengan mudah. R40 dilengkapi sebuah pemproses Intel Core i7-5960X dan dua kad grafik Nvidia Geforce 980Ti yang dipasang secara SLI. Ini mungkin projek ubah suai buatan sendiri yang paling menarik pernah kami lihat. Ia bukan sahaja cantik dilihat malahan memerlukan kepakaran yang tinggi untuk dihasilkan.

R40-engineering_station_final14

R40-engineering_station_final15


TIPS & ULASAN