Mahukan Aplikasi Khas Blackberry Priv? Ia Kini Boleh Dimuat Turun

Diterbitkan pada Nov 10, 2015. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Ulasan-ulasan untuk Blackberry Priv kini sudah muncul di beberapa laman teknologi luar negara. Peranti Android pertama Blackberry ini mempunyai beberapa fungsi tambahan yang tidak wujud pada peranti Android biasa seperti Blackberry Hub dan Blackberry Launcher. Sekiranya anda mahukan kesemua fungsi ini tanpa membelanjakan lebih RM3000 untuk Priv, APK aplikasi kini boleh dimuat turun ehsan forum XDA. APK yang boleh dimuat turun ialah Blackberry Services, Hub, Launcher, Calendar dan Keyboard. Jika anda ingin merasai bagaimanakah sebuah Blackberry dengan Android berfungsi, kesemua aplikasi ini akan membantu anda mengubah peranti Android anda sehampir mungkin kepada Priv kecuali ketiadaan kekunci fizikal.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami