WordPress merupakan salah satu CMS (content management system yang digunakan secara meluas di web – bukan terhad kepada blog semata-mata, sebaliknya turut menjana portal web, laman e-dagang, forum, laman keahlian dan sebagainya.
Terkini, berdasarkan statistik semasa, WordPress dilihat menjana lebih kurang 25% web yang aktif hari ini – menjadikan ia sebagai salah satu sistem pengurusan web yang digunakan secara meluas berbanding beberapa sistem lain di pasaran.
Bercakap mengenainya, Matt Mullenweg mengatakan merka ingin terus memperluaskan penggunaan WordPress di seluruh dunia, dan melihat angka 57% web yang tidka menggunakan sebarang CMS sebagai sasaran mereka yang seterusnya.
WordPress ditawarkan secara percuma dalam bentuk sumber terbuka, selain pengguna juga turut boleh mendaftarkan akaun percuma di WordPress.com hari ini.