Komputer Riba HP Edisi Star Wars Boleh Dipra-tempah Pada Harga RM3999

Komputer Riba HP Edisi Star Wars Boleh Dipra-tempah Pada Harga RM3999

Diterbitkan pada November 9, 2015 oleh .

Pada bulan Oktober lepas, HP telah memperkenalkan komputer riba mereka khusus bersempena dengan filem Star Wars akan datang. Kini, selang beberapa minggu sejak pengenalannya, pihak HP Malaysia melalui Lazada dan 11Street telah memulakan proses pra-tempahan untuk komputer riba berkenaan.

HP-Star-Wars-1

Komputer riba edisi Star Wars ini hadir dengan beberapa rekaan khusus, termasuk paparan gambar Darth Vader pada bahagian panel belakang, serta gambar Stormtroopers pada bahagian dalam. Ruangan touchpad turut hadir dengan rekaan gambar radar X Wing Luke Skywalker.

Dari segi spesifikasi, komputer riba ini hadir dengan skrin 15.6-inci dengan resolusi HD penuh, cip Intel Core generasi ke-6, memori 8GB DDR3 RAM, ruangan storan 1TB HDD, dan dilengkapi kad grafik NVIDIA GeForce 940M. Komputer riba ini turut hadir dengan DVD Burner terbina.

HP-Star-Wars-2

Komputer riba HP edisi khusus Star Wars ini berharga RM3999, dan hadir bersama-sama HP Backpack, Razer Abyssus Gaming Mouse dan juga dua tahun jaminan. Bagi anda yang berminat, boleh membuat pra-tempahan di Lazada atau 11Street.


TIPS & ULASAN