Teknologi Pemampatan Opera Max Dijangka Terbina Pada Lebih 100 Juta Peranti Menjelang 2017

Teknologi Pemampatan Opera Max Dijangka Terbina Pada Lebih 100 Juta Peranti Menjelang 2017

Diterbitkan pada November 10, 2015 oleh .

Opera merupakan salah satu syarikat yang terkenal dengan teknologi pemampatan mereka dalam usaha menjimatkan penggunaan data pengguna – terutamanya di negara-negara membangun. Berkongsi mengenainya hari ini, Opera mengatakan teknologi Opera Max mereka akan digunakan secara meluas pada peranti Android menjelang 2017 kelak.

Opera Max

Opera menyasarkan lebih 100 juta peranti akan hadir terbina dengan teknologi Opera Max menjelang 2017 kelak. Opera telah bekerjasama dengan sejumlah rakan kerjasama sebelum ini, dan kini mereka mempunyai lebih kurang 14 rakan kerjasama.

Antara rakan kerjasama Opera dalam mengintegrasikan teknologi Opera Max pada peranti mereka adalah termasuk Xiaomi, Acer, Oppo, Samsung, Hisense dan beberapa yang lain.

Disamping hadir terbina pada peranti, Opera turut telah bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi dalam menawarkannya – selain turut menawarkan aplikasi Opera Max secara berasingan di Google Play Store.

Muat-Turun Opera Max untuk Android


TIPS & ULASAN