Tag Heuer Memperkenalkan Jam Tangan Dijana Android Wear Dan Intel, Berharga Melangkaui RM5.8k

Tag Heuer Memperkenalkan Jam Tangan Dijana Android Wear Dan Intel, Berharga Melangkaui RM5.8k

Diterbitkan pada November 10, 2015 oleh .

Tag Heuer hari ini telah memperkenalkan secara rasmi jam tangan pintar pertama mereka berasaskan kepada sistem operasi Android Wear, dan menggunakan cip pemprosesan Intel. Jam tangan pintar ini dikategorikan dibawah jam tangan mewah, dan berharga 165,000JPY (~RM5886).

Dinamakan sebagai Tag Heuer Connected, ia membawakan rekaan seumpama jam tangan Tag Heuer mekanikal sebelum ini, tetapi mengintegrasikan ciri-ciri pintar dan berasaskan kepada digital sepenuhnya. Ia dibina berasaskan kepada titanium, sekaligus memberikan binaan premium, tetapi ringan.

Tag Heuer Connected

Tag Heuer Connected

Memandangkan Tag Heuer menggunakan sistem operasi Android Wear daripada Google, maka ia boleh digunakan tanpa masalah bersama-sama peranti Android atau iPhone. Seperti jam tangan pintar lain, ia turut dilengkapi dengan ruangan storan 4GB dan juga sensor gyroscopic. Tiada integrasi GPS yang terdapat pada jam tangan pintar ini.

Dengan penawaran mengkhususkan pasaran mewah, Tag Heuer Connected hadir dengan beberapa rekaan wajah jam yang khusus daripada Tag Heuer, dan dilengkapi aplikasi seperti cadangan tempat makan dan juga untuk memantau permainan golf anda.

Tag Heuer Connected ini menawarkan masa penggunaan bateri selama 30 jam – boleh dikatakan menawarkan masa penggunaan yang singkat, salah satu masalah yang dihadapi kebanyakkan jam tangan pintar lain di pasaran hari ini.

Jam tangan pintar ini akan ditawarkan di Amerika Syarikat bermula hari ini, dan dijangka dipasarkan pada peringkat global bermula bulan hadapan.


TIPS & ULASAN