Cari @ Amanz

Google dari hari ke hari telah mula mengintegrasikan teknologi kepintaran buatan mereka pada pelbagai aplikasi dengan penggunaan enjin pembelajaran pintar mereka tersendiri. Sebagai contoh, baru-baru ini mereka telah mengumumkan Smart Reply yang mempelajari cara dan kaedah seseorang menggunakan emel mereka, dan seterusnya mencadangkan apakah bentuk balasan yang sesuai untuk sesuatu emel.

Google TensorFlow

Bukan itu sahaja, Google juga turut menggunakan enjin pembelajaran pintar mereka pada Google Photos untuk memudahkan carian gambar menggunakan teks – sebagai contoh memperlihatkan gambar kucing anda, dan turut mengintegrasikan pada enjin carian mereka.

Google TensorFlow

Google TensorFlow

Penggunaan integrasi pembelajaran pintar ini membuatkan pelbagai aplikasi bertugas dengan lebih efisyen, sekaligus memudahkan tugasan harian pengguna.

Kini, dalam melangkah ke era seterusnya, Google mengumumkan penawaran enjin pembelajaran pintar mereka dalam bentuk sumber terbuka, dan dinamakan sebagai TensorFlow. Ini sekaligus membolehkan semua yang berminat dalam arena ini untuk menggunakan kod tersebut dalam membangunkan idea mereka – sekaligus menjadikan arena ini bergerak lebih pantas berbanding kebiasaan.

Google TensorFlow

Google TensorFlow

Enjin TensorFlow yang ditawarkan oleh Google ini bukan hanya sekadar kod berbentuk kajian semata-mata, sebaliknya ia digunakan pada produk merka, termasuk pada Google Search dan juga Google Inbox. Google menawarkan enjin TensorFlow ini dibawah enjin Apache 2.0, membolehkan anda menggunakan ia pada sebarang produk tanpa masalah.

Google mengatakan komputer pada masa kini masih tidak boleh mempelajari apa yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak 4 tahun. Seperti biasa, pelbagai usaha perlu dilakukan untuk menjadikan mesin lebih pintar, dan pengenalan dan perkongsian kod enjin TensorFlow ini merupakan salah satu langkah awal untuknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd