MBO Cinemas Memberikan Peluang Bermain Minecraft Pada Skrin Gergasi 22 November Ini
Artikel Berkaitan

MBO Cinemas Memberikan Peluang Bermain Minecraft Pada Skrin Gergasi 22 November Ini

Diterbitkan pada November 10, 2015 oleh .

Minecraft ialah antara permainan komputer yang paling popular di pasaran sekarang. Pemain boleh membina dunia mereka sendiri mengikut kekreatifan masing-masing. Versi desktop dan juga aplikasi pintar dihasilkan membolehkan anda membina dunia Minecraft tersendiri tidak mengira di mana anda berada. Pemain Minecraft Malaysia kini mempunyai peluang unik untuk bermain permainan ini pada skrin gergasi panggung wayang.

Minecraft-MBO-Cinemas

Panggung wayang MBO Cinemas mengumumkan akan memberikan peluang ini kepada 10 pasukan terpilih pada 22 November hadapan. Acara akan dilakukan di MBO Cinemas Citta Mall yang terletak di Ara Damansara. Setiap pasukan perlu mempunyai empat orang ahli dan peserta perlu membawa komputer riba mereka sendiri. Sekiranya anda berminat anda hanya perlu mengisi borang yang boleh dimuat turun dari laman rasmi Facebook mereka. Acara sebegini sangat jarang dilakukan di Malaysia dan mungkin peluang sekali seumur hidup. Diharap MBO dan rangkaian panggung wayang lain di Malaysia akan melakukan lebih banyak acara khas untuk peminat permainan komputer lain di masa hadapan. Secara peribadi kami mahu merasa bermain Need For Speed dan Metal Gear Solid V The Phantom Pain pada layar gergasi panggung wayang.

Muat turun borang dari laman Facebook MBO Cinemas

 


TIPS & ULASAN