Cari @ Amanz

Google hari ini telah mengemaskini penawaran Google Hangouts pada web, dimana Google mengatakan kini ia berfungsi lebih pantas, dan antaramuka yang lebih kemas pada paparan skrin penuh.

Google Hangouts Web

Hangouts pada web juga kini membolehkan anda membuat panggilan lebih pantas, disamping menawarkan panggilan video pada kualiti tinggi. Dengan antaramuka yang lebih ringkas ini, ia menjadikan paparan Hangouts pada skrin penuh lebih kemas, disamping memudahkan pengguna untuk menjemput rakan-rakan dan ahli keluarga menyertai panggilan.

Google akan memperkenalkan kemaskini baru ini secara berperingkat kepada semua pengguna bermula hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd