Pengguna Digi Mengalami Masalah Menggunakan Rangkaian Telekomunikasi

Pengguna Digi Mengalami Masalah Menggunakan Rangkaian Telekomunikasi

Diterbitkan pada November 10, 2015 oleh .

DiGiSalah satu perkara yang paling tidak digemari ramai ketika hari bercuti adalah masalah rangkaian telekomunikasi mereka. Hari ini, pengguna rangkaian Digi di beberapa kawasan dilihat menghadapi masalah telekomunikasi, dimana mereka gagal menggunakan beberapa perkhidmatan – termasuk data internet.

Masalah ini dilihat telah bermula sekitar 6 petang tadi, melibatkan pengguna di beberapa kawasan. Beberapa pengguna melaporkan selain daripada perkhidmatan data, mereka turut menghadapi masalah membuat panggilan keluar – sebaliknya panggilan masuk boleh diterima tanpa masalah.

Pihak Digi masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan dengannya. Laman Facebook dan akaun Twitter pihak Digi dibanjiri dengan persoalan mengenainya, tetapi pihak Digi masih tidak mengeluarkan sebarang komen (ketika artikel ini ditulis).

Kami telah menghubungi pihak Digi berkaitan dengannya, dan akan mengemaskini jika menerima sebarang maklumbalas daripada mereka.

Pada minggu lepas, masalah sama turut menimpa pengguna Celcom, dimana mereka gagal untuk mengakses perkhidmatan data untuk beberapa jam.

Kemaskini, 8.45malam : Digi mengatakan talian telah kembali pulih, dan meminta pengguna untuk memulakan semula telefon anda untuk menggunakan talian Digi anda.

Kemaskini,9 malam : Digi mengatakan salah satu sistem kuasa mereka menghadapi masalah pada pukul 6.27 petang hari ini (10 November). Ini membuatkan mereka perlu memadam kuasa untuk salah satu pelayan mereka, dan mula mengembalikan semua perkhidmatan sejak 7.15 petang tadi.

Digi menyasarkan semua perkhidmatan kembali semula seperti sedia ada bermula 9.30 malam ini.


TIPS & ULASAN