Apple Memberikan Petanda Untuk Hadir Dengan Produk Berasaskan Kesihatan Dan Perubatan

Apple Memberikan Petanda Untuk Hadir Dengan Produk Berasaskan Kesihatan Dan Perubatan

Diterbitkan pada November 10, 2015 oleh .

Apple sedia mempunyai pelbagai produk pada hari ini, daripada komputer desktop sehinggalah kepada telefon pintar mahupun jam tangan pintar. Kini, melalui sebuah temuramah, Tim Cook memberikan petanda mereka mungkin akan hadir dengan sebuah peranti memfokuskan perubatan pada masa akan datang.

Apple iHealth

Melalui temuramah berkenaan, Tim Cook mengatakan mereka tidak ingin meletakkan Apple Watch melalui proses FDA (mendapatkan kebenaran daripada badan perubatan), sebaliknya tidak mustahil untuk mereka meletakkan sesuatu yang lain sebagai gantinya. Ia dikatakan mungkin sebuah aplikasi, atau mungkin juga sesuatu yang lain.

Apple tidak memilih Watch kerana ia akan melalui proses yang lama dan menyukarkan mereka berinovasi dalam arena jam tangan pintar dengan pantas.

Produk atau perkhidmatan biasana melalui proses mendapatkan kebenaran FDA (US Food and Drug Administration) apabila mereka mengumpulkan data-data berkaitan perubatan, penyakit dan sebagaiya. Apple Watch dan jam tangan pintar lain sekadar digunakan untuk mengira kadar denyutan jantung, memantau aktiviti dan sebagainya yang tidak memerlukan pengesahan pihak FDA.

Ia tidak diketahui lagi apakah perancangan pihak Apple untuk produk berkaitan perubatan ini, dan semestinya ia sesuatu yang dinantikan ramai pengguna untuk melihat apakah yang bakal dibawakan oleh Apple. Adakah ia merupakan sebuah peranti baru, ataupun sebuah aplikasi yang akan mengumpulkan pelbagai data perubatan pengguna.


TIPS & ULASAN