Google Maps Memperkenalkan Sokongan Navigasi Tanpa Keperluan Talian Internet

Google Maps Memperkenalkan Sokongan Navigasi Tanpa Keperluan Talian Internet

Diterbitkan pada November 10, 2015 oleh .

Google Maps merupakan salah satu perkhidmatan pemetaan daripada Google yang mempunyai liputan yang luas dan data yang menyeluruh padanya. Google sebelum ini telah memperkenalkan sokongan peta offline pada Google Maps, dan hari ini mereka menambah satu lagi penawaran baru pada perkhidmatan mereka, iaitu sokongan navigasi secara tanpa talian internet (offline).

Google Maps Navigasi

Pengguna boleh memuat-turun data untuk sesuatu peta, dan memulakan fungsi navigasi apabila diperlukan. Ia berfungsi seperti sebelum ini, cuma kali ini ia hadir dengan sokongan navigasi – sekaligus membolehkan pengguna membuat carian untuk sesuatu lokasi dan informasi tempat yang dituju – semuanya tanpa talian internet selepas data sesuatu lokasi berkenaan dimuat-turun.

Namun, salah satu kekangan adalah dimana lokasi yang disokong untuk penggunaan offline ini masih terhad dan tidak menyokong Malaysia buat masa ini. Ia tidak diketahui lagi bilakah sokongan offline ini akan hadir ke Malaysia. Tetapi, jika anda bercadang ke luar negara dalam masa terdekat, sebagai contoh ke Amerika Syarikat, maka fungsi ini mungkin sangat membantu anda.

Untuk memuat-turun data sesuatu lokasi, anda hanya perlu membuat carian sesuatu lokasi, dan seterusnya tekan pada menu, dan memilih pilihan Your Place. Tatal sehingga bawah, dan seterusnya anda boleh memuat-turun data untuk lokasi berkenaan.


TIPS & ULASAN