Penggunaan dron semakin meluas dari hari ke hari, malah beberapa syarikat telah sedia mencuba fungsi penghantaran barangan menggunakan dron. Kini, melihat kepada ujian yang dilakukan di Switzerland, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia mengatakan kerajaan mungkin berminat menggunakan dron untuk penghantaran barangan kepada mangsa banjir.
Kerajaan hanya sekadar menyatakan minat sahaja buat masa ini, tanpa mengatakan sebarang tarikh untuk melaksanakannya.
Dron pada hari ini boleh digunakan untuk menghantar beberapa barangan ringan dalam jarak yang dekat – terutamanya untuk kawasan-kawasan yang sukar dicapai dengan penggunaan kenderaan darat dengan pantas.
Daripada implementasi, ia mungkin boleh digunakan untuk penghantaran barangan kecemasan ketika banjir ke pusat-pusat banjir, ataupun untuk tujuan kecemasan yang lain.
Selain daripada dron untuk penghantaran barangan, sebelum ini, MOSTI dan MMU pernah memperlihatkan dron untuk meninjau kawasan yang mudah banjir.