Google Akan Menamatkan Sokongan Chrome Untuk Windows XP, Vista, OS X 10.8 Pada April 2016

Google Akan Menamatkan Sokongan Chrome Untuk Windows XP, Vista, OS X 10.8 Pada April 2016

Diterbitkan pada November 11, 2015 oleh .

Google Chrome LogoGoogle hari ini mengumumkan perubahan sokongan sistem operasi yang akan dilakukan oleh mereka untuk perisian Google Chrome, dimana bermula daripada April 2016 kelak, mereka akan menamatkan sokongan untuk beberapa versi Windows dan OS X.

Selepas April 2016, Google Chrome tidak lagi akan menyokong Windows XP, Windows Vista, Mac OS X 10.6, OS X 10.7, dan juga OS X 10.8. Google menamatkan sokongan untuk sistem operasi ini memandangkan ia tidak lagi menerima sokongan berterusan daripada Microsoft dan juga Apple.

Chrome akan kekal boleh digunakan pada platform ini, tetapi tidak lagi akan menerima sebarang sokongan fungsi baru ataupun kemaskini sekuriti. Google mengalakkan pengguna untuk beralih kepada sistem operasi baru untuk kekal menggunakan Chrome versi terkini dan selamat daripada pelbagai ancaman web.


TIPS & ULASAN