Cari @ Amanz

Peranti pintar mungkin adalah alat elektronik termahal yang anda miliki. Ianya juga penting untuk kegunaan harian dan anda akan memastikan ianya sentiasa di dalam keadaan baik. Ramai pemilik peranti membeli cangkerang untuk memastikan peranti tidak akan mudah rosak sekiranya terjatuh. Tetapi umum kita ketahui cangkerang masih tidak dapat memastikan peranti tidak akan rosak. Ninja Loop ialah cangkerang yang bukan sahaja mampu menyerap hentakan malah mempunyai sistem keselamatan yang memastikan ia tidak akan mudah terjatuh ketika digunakan.

Ninja-Loop-1

Ia mempunyai sebuah tali pada bahagian belakang. Pengguna hanya perlu memasukkan jari di bawah tali keselamatan ini ketika menggunakan peranti. Tali keselamatan pada bahagian belakang ini akan “mengikat” jari ke tubuh peranti. Sekiranya peranti terlepas dari genggaman, peranti tidak akan jatuh ke lantai. Cangkerang ini direka untuk peranti Nexus, Galaxy dan iPhone. Harga jualan ialah $4.99 sebuah. Cangkerang mampu milik ini pastinya menyelamatkan peranti anda dari kerosakan teruk.

Ninja-Loop-2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd