Carian
MGSV : TPP – Patch 1.06 Membolehkan Quiet Digunakan Semula Selepas Permainan Tamat
November 11, 2015 Effi Saharudin

Rasanya selepas dua bulan dijual, jalan cerita Metal Gear Solid V : The Phantom Pain mungkin sudah diketahui oleh kebanyakan peminat tegar permainan ini. Kepada yang masih belum menghabiskan permainan ini anda boleh menekan butang kembali dan tidak meneruskan pembacaan. Kepada yang sudah menghabiskan kesemua misi utama MGSV, ini ada berita yang pasti menggembirakan anda. Sekali lagi sekiranya anda belum menghabiskan permainan ini, jangan mentatal ke bawah kerana ia terdapat spoiler besar jalan cerita utama yang bakal kami dedahkan.

4K-mgs-V

Umum diketahui watak Quiet akan meninggalkan mother base selepas misi ke-45. Kehilangan beliau amat dirasai kerana ia akan watak bantuan yang terbaik di dalam MGSV. Patch 1.06 yang kini boleh dimuat turun membenarkan Quiet kembali ke dalam senarai watak bantuan sekiranya anda memenuhi beberapa syarat.

Anda hanya perlu memainkan misi 11 Cloaked In Silence sebanyak 7 kali. Selepas enam kali dimainkan semula misi ini akan muncul di dalam senarai misi utama dengan nama baru [Reunion] Cloaked In Silence. Selepas misi ini berjaya diselesaikan oleh anda, Quiet boleh dipilih sebagai watak sampingan semula.
Ini adalah fungsi yang sangat kami mahukan selepas selesai memainkan MGSV minggu lalu. Selepas Quiet tidak lagi boleh dimainkan kami mengaku tidak berminat memainkan semula semua misi lama. Nampaknya Konami mendengar rintihan pemain MGSV yang mahukan Quiet dikembalikan. Apa yang kita perlukan sekarang ialah Konami menghabiskan misi ke-51 yang diberikan sebagai DLC percuma bagi memberikan penutup jalan cerita yang kini tergantung.

Komen