Cari @ Amanz

Apple hari ini telah menerbitkan harga jualan untuk tablet terbaru mereka, iPad Pro yang hadir dengan skrin bersaiz 12.9-inci, dan memfokuskan kepada penggunaan tablet untuk tujuan tugasan kerja – serta boleh digunakan bersama-sama papan kekunci khusus serta stylus yang dinamakan sebagai Apple Pencil.

Apple iPad Pro

Apple iPad Pro dipasarkan sebagai peranti iOS dengan paparan Retina beresolusi tinggi, hadir dengan sokongan menyunting video 4K, merekabentuk fail pembentangan mahupun membuat pelbagai tugasan pejabat menggunakannya. Menguasakannya adalah cip Apple A9 yang menawarkan kuasa pemprosesan lebih 1.8 kali ganda berbanding Apple iPad Air 2 sebelum ini. Ini sekaligus membolehkan pengguna menjalankan aplikasi secara bersebelahan tanpa masalah melaluinya.

Apple iPad Pro berharga bermula RM3599 untuk 32GB WiFi, RM4299 untuk 128GB WiFi, dan RM4899 untuk 128GB Wifi + Selular.

Apple Pencil 2

Pengguna turut boleh mendapatkan beberapa aksesori secara berasingan, termasuk Apple Pencil pada harga RM469, dan Apple Smart Keyboard pada harga RM799.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd