Cari @ Amanz

Harga telefon pintar yang mahal, mungkin membuatkan ramai yang tidak mampu untuk sering bertukar telefon pintar mereka jika terdapat sebarang kerosakkan kecil seperti skrin yang retak, kerangka luar yang pecah dan sebagainya. Kini, melalui sebuah bancian yang dilakukan oleh Otterbox (terkenal dengan penawaran pelindung kerangka) mengatakan lebih kurang 3/4 pengguna tempatan menggunakan telefon pintar yang telah mengalami kerosakkan.

Telefon Pecah

Rosak di sini turut menyertakan telefon dengan kerosakkan pada kerangka, skrin yang retak dan sebagainya. Menurut Otterbox, satu pertiga daripada pengguna tempatan dilihat mengalami kerosakkan pada telefon pintar mereka dalam tempoh tiga bulan mereka menggunakannya.

Daripada bancian yang dibuat mereka juga, ia didapati 68% pengguna Malaysia tidak kisah akan kerosakkan pada skrin telefon pintar selagi mereka boleh menggunakannya seperti biasa. 24% pengguna juga turut tidak ingin membaiki sebarang kerosakkan kerana kos baik-pulih yang tinggi.

Bancian yang dilakukan oleh Otterbox juga didapati pengguna wanita lebih kurang membuat kerosakkan pada telefon pintar mereka jikalau dibandingkan dengan lelaki.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd