Cari @ Amanz

Sony Mobile Malaysia hari ini telah memulakan pra-tempahan untuk telefon pintar dwi-SIM pertama dengan skrin 4K, iaitu Xperia Z5 Premium Dual di Malaysia. Sony menawarkan ia pada harga RM3099, dan akan memulakan penghantaran peranti sekitar 30 November 2015 kelak.

Sony Xperia Z5

Sony Xperia Z5 Premium Dual hadir dengan skrin 5.5-inci, menawarkan paparan 4K – yang mana merupakan resolusi yang sangat tinggi pada telefon pintar. Disamping itu, peranti dengan sokogan dwi-SIM ini turut hadir dengan kamera belakan 23-megapixel yang sedia menerima pujian ramai pengemar kamera pada peranti mudah-alih.

Telefon pintar ini turut dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 810, serta masa bertahan bateri sehingga 2 hari lamanya. Sony menggunakan sistem operasi Android 5.1 Lollipop pada telefon pintar ini, dan hadir dilengkapi antaramuka khusus mereka.

Telefon pintar ini juga turut menawarkan sokongan kalis air dan debu pada piawaian IP65/68.

Sony membuka pra-tempahan hari ini (11 November 2015), dimana anda yang membuat pra-tempahan hari ini akan menerima Smartwatch 3 dengan Android Wear bernilai RM1099 secara percuma. Penawaran ini hanya terhad kepada 50 pembeli pertama sahaja, dan yang lain boleh mendapatkan SmartWatch 3 pada harga diskaun.

Selain daripada itu, pihak Sony turut menawarkan beberapa hadiah tambahan percuma untuk pra-tempahan telefon ini, termasuk BSP-10 Bluetooth Wireless Speaker, Layflat Photobook, 3 filem percuma, dan beberapa yang lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd