Google About Me – Membolehkan Anda Mengawal Info Apa Yang Orang Lain Lihat Mengenai Anda

Google About Me – Membolehkan Anda Mengawal Info Apa Yang Orang Lain Lihat Mengenai Anda

Diterbitkan pada November 11, 2015 oleh .

Perkembangan arena internet membuatkan pengguna sering risau akan mengenai info peribadi mereka yang boleh dilihat pengguna lain. Salah satu penyedia yang memegang banyak info mengenai anda selain daripada Facebook, adalah Google.

Kini, dalam memudahkan pengguna mengawal apakah info-info mereka yang boleh dilihat pengguna lain, Google memperkenalkan sebuah pusat sehenti untuk pengguna mengawalnya, dinamakan sebagai About Me.

Sebelum ini, Google sedia menawarkan fungsi menyunting info anda yang dipaparkan di web, tetapi ia mungkin agak sukar berbanding penggunaan halaman About Me yang menyusun semua data dan kadar paparan info berkenaan kepada umum.

Google About Me

Melalui About Me ini juga, anda boleh membuat penyuntingan jika tidak ingin memaparkan sesuatu info – sebagai contoh emel anda – kepada umum, dan mengubahnya kepada papran peribadi atau dikalangan rakan-rakan terdekat. Secara keseluruhan, ia memaparkan apakah info yang boleh didapati pengguna lain melalui halaman Google+ anda atau perkhidmatan Google yang lain.

Anda juga turut boleh membuat semakan privasi berkaitan apakah data yang digunakan oleh Google untuk menawarkan perkhidmatan mereka yang lebih peribadi kepada anda melalui halaman About Me ini.

Jika anda aktif menggunakan akaun Google, mungkin anda boleh menyemak halaman About Me ini, dan mengawal data-data dan info anda yang dipaparkan kepada pengguna lain.

Layari : Google About Me

TIPS & ULASAN

<script>