Facebook hari ini telah menjadi salah satu laman sehenti untuk pengguna mendapatkan bukan sahaja kemaskini daripada rakan-rakan dan ahli keluarga, tetapi termasuk juga daripada media dan mengikuti berita-berita semasa. Kini, dalam usaha memudahkan proses berkenaan, Facebook memperkenalkan sebuah aplikasi baru dinamakan Notify.
Melalui Notify, pengguna boleh memilih apakah topik-topik semasa yang ingin mereka ikuti, dan seterusnya menerima notifikasi daripada sumber-sumber yang sahih. Notifikasi dipaparkan terus pada lockscreen peranti untuk memudahkan anda mengetahui apakah perkara berkaitan topik kegemaran anda yang sedang berlaku.
Pengguna seterusnya boleh membaca artikel penuh dengan tap pada notifikasi yang disediakan, atau pada masa yang sama berkongsi berkenaan berita berkenaan ke laman sosial serta-merta.
Buat masa ini, aplikasi Notify daripada Facebook ini hanya ditawarkan untuk pengguna iPhone, dan terhad untuk pengguna di Amerika Syarikat sahaja. Ia tidak lagi diketahui bilakah Facebook akan memperluaskan penawarannya ke seluruh dunia.
- Info
- Layari : Notify