Android Dilaporkan Sebagai Sistem Operasi Yang Lebih Selamat Berbanding iOS

Android Dilaporkan Sebagai Sistem Operasi Yang Lebih Selamat Berbanding iOS

Diterbitkan pada November 12, 2015 oleh .

Sekiandroid-iosranya anda mementingkan keselamatan apakah sistem operasi yang harus anda gunakan. Pengguna iOS sejak turun temurun akan mengatakan sistem operasi mudah alih mereka adalah yang paling selamat. Kata-kata mutiara dari Steve Jobs dan Jony Ive akan digunakan sebagai dalil untuk mengukuhkan hujah. Sebagai pengguna Android kami mengakui sistem operasi terbuka ini bukanlah yang paling selamat di dunia. Kesukaran mendapatkan kemas kini terkini akibat kelewatan pengeluar membuatkan Android lebih terdedah kepada kerentanan.

Agak mengejutkan kajian oleh Checkmarx dan AppSec Lab kini mengesahkan Android sebenarnya lebih selamat berbanding iOS. Kajian dilakukan ke atas aplikasi-aplikasi yang digunakan pada kedua-dua platform. Secara purata setiap aplikasi mempunyai 9 kerentanan yang boleh digunakan untuk mencuri data pengguna. Sebanyak 40% aplikasi di App Store didapati mempunyai tahap kerentanan yang kritikal dan tinggi. Hanya 36% aplikasi di Google Play didapati mempunyai tahap kerentanan yang kritikal dan tinggi.

Kedua-duanya masih mempunyai peratusan aplikasi bermasalah yang tinggi namun perbezaan 4% ini meletakkan Android sebagai sistem operasi yang lebih selamat. Rasanya kini alasan “iOS adalah sistem operasi paling selamat” bolehlah dihentikan penggunaannya kerana jelas sekali tidak lagi benar.

Android-Ios-Kerentanan


TIPS & ULASAN