Apple Dilaporkan Akan Hadir Dengan Perkhidmatan Menghantar Wang Umpama PayPal

Apple Dilaporkan Akan Hadir Dengan Perkhidmatan Menghantar Wang Umpama PayPal

Diterbitkan pada November 12, 2015 oleh .

Apple buat masa ini sedia mempunyai perkhidmatan pembayaran mereka tersendiri menggunakan peranti mudah-alih, dinamakan sebagai Apple Pay. Ia lebih digunakan oleh pengguna di beberapa negara untuk membuat pembayaran antara pengguna kepada peniaga melalui telefon pintar.

Apple Pay

Terkini, ia dilaporkan, Apple akan turut hadir dengan perkhidmatan pembayaran umpama PayPal, membolehkan pengguna menghantar pembayaran antara pengguna dengan mudah.

Apple dikatakan telah dalam perbincangan bersama-sama beberapa bank di Amerika Syarikat, dan tidak diketahui bilakah mereka akan melancarkannya secara rasmi.

Buat masa ini, beberapa penyedia lain termasuk Facebook turut menguji fungsi pembayaran antara rakan-rakan dan pengguna lain – membolehkan platform mereka digunakan untuk tujuan pembayaran dan penghantaran duit antara pengguna.


TIPS & ULASAN