Beberapa syarikat akhir-akhir ini memfokuskan kepada arena pembelajaran mesin, dan untuk melengkapkannya, kini NVIDIA memperkenalkan modul mereka tersendiri dinamakan Jetson TX1 – bersaiz sebesar kad kredit, dan boleh digunakan untuk membangunkan projek dengan ciri-ciri kompleks melaluinya.
NVIDIA mengatakan melalui modul ini, ia boleh mengambil kelebihan pembelajaran mesin, sekaligus membolehkan robot dan mesin pintar yang boleh belajar secara sendiri. NVIDIA memberikan contoh, dimana dron yang menggunakan modul berkenaan tidak lagi perlu dikawal menggunakan alat kawalan semata-mata, sebaliknya dron berkenaan boleh memandu sendiri dan membuat carian serta mengelak pelbagai halangan yang hadir.
Jetson TX1 ini juga turut boleh digunakan untuk membolehkan mesin mempelajari data seperti mengenal imej, mentafsir perbualan, membuat analisa persekitaran dan sebagainya. Dengan pembelajaran mesin ini, ia membawa kepada arena teknologi seterusnya dalam memberikan lebih kebebasan kepada mesin untuk beroperasi secara pintar.
NVIDIA menyasarkan modul Jetson TX1 ini kepada pembangun dan pengeluar, dan mungkin kita akan melihat ia diiimplementasikan pada pelbagai produk berbentuk dron atau robotik tidak lama lagi. Memandangkan Jetson ini lebih memfokuskan kepada penggunaan dalam industri, mungkin kita tidak akan melihat produk untuk pengguna dalam masa terdekat ini.
https://www.youtube.com/watch?v=I4MaoT3au-c