PlayStation 4 Edisi Terhad Bertemakan Star Wars Sedia Dipra-Tempah, Berharga RM1849

PlayStation 4 Edisi Terhad Bertemakan Star Wars Sedia Dipra-Tempah, Berharga RM1849

Diterbitkan pada November 12, 2015 oleh .

Sony sering hadir dengan konsol PlayStation 4 mereka bertemakan sesuatu permainan dalam kuantiti yang terhad. Kini, dengan filem Star Wars, serta permainan untuknya, pihak Sony Malaysia telah memulakan pra-tempahan untuk konsol edisi terhad mereka yang hadir bersama-sama beberapa penawaran tambahan.

PlayStation 4 Star Wars

Dinamakan sebagai STAR WARS™ PlayStation®4 Bundles, ia kini sedia untuk dipra-tempah, dan hadir dengan permainan Star Wars Battlefront, konsol PS4 500GB, langganan 12 bulan untuk PS Plus, serta beberapa baucar khusus untuk memuat-turun permainan Star Wars.

Bagi anda yang berminat, boleh membuat pra-tempahan hari ini, dan Sony Malaysia akan memulakan penghantaran kepada pengguna bermula 18 November 2015 ini.


TIPS & ULASAN