Asus sebelum ini telah dilaporkan untuk hadir dengan peranti berbentuk headset tersendiri memfokuskan teknologi AR seumpama Microsoft Hololens. Terkini, CEO Asus dilihat berkongsi mengatakan mereka dijangka memperkenalkan produk AR mereka seawal tahun hadapan.
Melalui teknologi AR (Augmented Reality), ia mengabungkan paparan dunia nyata dengan beberapa penambahan elemen digital padanya. Microsoft sebelum ini telah mempertontonkan penggunaan HoloLens mereka yang mana boleh digunakan untuk tujuan permainan, dan beberapa perkara lain. Microsoft memanggilnya sendiri sebagai Mixed Reality.
Pihak Asus sekadar mengatakan akan memperkenalkan produk berkenaan pada tahun hadapan, dan tidak berkongsi lanjut mengenai produk AR mereka, seperti sama ada ia akan menggunakan teknologi Microsoft atau sebaliknya.
Disamping pengenalan peranti AR ini, Asus juga mengatakan ingin memperkenalkan robot memfokuskan perkhidmatan pada tahun hadapan. Maklumat lanjut mengenainya masih samar-samar buat masa ini.