Cari @ Amanz

Microsoft hari ini telah memperkenalkan kemaskini besar pertama untuk Windows 10, membawakan beberapa perkara baru dan memfokuskan kepada prestasi sistem operasi secara keseluruhan, selain kemaskini untuk pelayar web Microsoft Edge mereka.

Windows 10 Wallpaper

Microsoft mengatakan kini melalui kemaskini baru ini, Windows 10 menawarkan masa boot yang lebih pantas – hampir 30% pantas berbanding Windows 7 sebelum ini. Disamping itu, pada Microsoft Edge, kini ia menyertakan kemaskini sekuriti, disamping menyertakan fungsi Tab Preview yang membolehkan anda pra-lihat sesuatu tab dengan meletakkan tetikus di atas sebuah tab yang telah dibuka.

Untuk anda yang menggunakan Cortana, kini Cortana menawarkan lebih banyak fungsi pintar dalam memudahkan penggunaan harian anda – termasuk integrasi yang lebih menyeluruh dengan Microsoft Edge.

Bagi anda yang menggunakan Windows 10, anda akan menerima kemaskini ini melalui Windows 10, sementara jika anda menggunakan Windows 7 atau Windows 8.1 – anda boleh memuat-turun Windows 10 secara percuma hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd