Carian
Teknologi Bluetooth Akan Menjadi Lebih Pantas Dan Menyokong Jarak Yang Lebih Jauh Pada 2016
November 13, 2015 Aman

Teknologi Bluetooth kini digunakan oleh pelbagai peranti mudah-alih seluruh dunia untuk berhubung antara satu sama lain. Dalam meneruskan perkembangan arena teknologi, disamping memfokuskan kepada peranti berhubung (IoT), pihak yang menetapkan piawaian disebalik Bluetooth kini berkongsi perancangan piawaian untuk tahun hadapan.

BluetoothMenurut Bluetooth Special Interest Group (SIG), mereka merancang untuk meningkatkan kadar kelajuan Bluetooth sehingga sekali ganda, selain menawarkan jarak perhubungan antara peranti sehingga empat kali ganda berbanding hari ini.

Perkara ini ingin dicapai tanpa meningkatkan kadar penggunaan kuasa olehnya. Ini sekaligus akan membolehkan pengguna memindahkan data ke peranti mudah-alih lain dengan lebih pantas dan pada jarak yang lebih jauh – tanpa menggunakan sebarang tenaga bateri tambahan.

Teknologi Bluetooth baru ini dijangka akan diintegrasikan pada produk mudah-alih, peranti pintar, dan juga perantu berhubung (IoT) bermula 2016 kelak.

Komen