Dubai sedia terkenal dengan pelbagai bangunan yang tinggi – yang mana mungkin sukar untuk dicapai sekiranya berlaku kebakaran atau kecemasan. Untuk tujuan berkenaan kini Dubai menandatangani perjanjian bersama Martin Aircraft bagi mendapatkan jetpack untuk kegunaan Jabatan Pertahanan Awam.
Dubai buat masa ini membuat tempahan untuk 20 jetpack dan juga dua jetpack simulasi untuk tujuan latihan. Dubai sedia terkenal dengan pelbagai bangunan dengan rekaan futuristik, dan penggunaan jetpack ini kelak dijangka akan membolehkan bantuan kecemasan diberikan dengan lebih pantas berbanding kebiasaan.
Jetpack yang akan digunakan ini juga dikatakan boleh membawa muatan seberat 120kg, dan saiznya yang lebih kecil berbanding helikopter membolehkan ia dioperasikan pada ruangan yang kecil – seperti ruangan diantara dua bangunan.
Sama ada penggunaan jetpack ini akan efekitf atau sebaliknya masih tidak diketahui buat masa ini.