Digi Menawarkan Kuota Internet 500MB Percuma Hari Ini (13 November) Disebabkan Gangguan Tempoh Hari

Digi Menawarkan Kuota Internet 500MB Percuma Hari Ini (13 November) Disebabkan Gangguan Tempoh Hari

Diterbitkan pada November 13, 2015 oleh .

Bagi para pelanggan Digi, anda mungkin ketahui akan yang mana talian pengguna Digi menghadapi masalah beberapa hari yang lepas disebabkan oleh beberapa kerosakkan teknikal. Hari ini, disebabkan oleh gangguan tersebut, Digi mengumumkan penawaran 500MB percuma kepada para pelanggan mereka – yang mana terhad untuk 24 jam sahaja.

Digi Free InternetPelanggan Digi boleh mendapatkan kuota internet tambahan 500MB untuk tempoh 24 jam ini bermula daripada 13 November 2015, 10.30 pagi hingga 13 November 2015, 11.59 malam. Sebaik sahaja menebus 500MB percuma ini, ia hendaklah digunakan dalam tempoh 24 jam.

Bagi pelanggan pascabayar Digi, anda boleh mendapatkannya dengan mendail *200*2*1# dan memilih promosi 500MB-1Day-RM0.

Bagi pelanggan prabayar pula, anda boleh mendapatkannya dengan mendail *138*3*1*3*1# (untuk IDD Internet Club) atau *116*4*3*1# untuk pelanggan bukan IDD Internet Club.

Pelanggan Digi boleh mendapatkan kuota 500MB tambahan percuma ini, dan ia akan digunakan terlebih dahulu sebelum data daripada pakej anda digunakan.


TIPS & ULASAN