Cari @ Amanz

Semasa di kolej kami kasihan melihat kawan sekuliah yang terpaksa balik ke kampung dengan menaiki motor. Ruang simpanan barang adalah terhad dang beg sandang yang menyimpan pakaian sukar untuk diletakkan di atas motor. Ini bukan sahaja membuatkan beg pakaian mudah rosak dan basah ketika hujan malahan boleh menjadi punca berlakunya kemalangan. Awal tahun ini gambar empat sekeluarga menaiki motor untuk balik ke kampung menjadi viral. Ramai rakyat Malaysia sedih melihat tiga orang anak kecil berhimpit di atas motor dengan beg pakaian tergantung pada posisi yang tidak selamat. Mengapa tidak ada sistem bagasi khas yang mensasarkan golongan penunggang motor?

Wheelrider-1

Wheelrider ialah sistem bagasi pertama kami temui cuba menyelesaikan masalah ini. Ianya sebuah beg cangkerang keras yang boleh ditarik seperti bagasi biasa. Perbezaannya ialah ia mempunyai sambungan khas yang membolehkan ia diletakkan di belakang motor dengan selamat. Bagasi ini dipegang kemas menggunakan enam titik kunci yang direka khas. Terdapat dua saiz bagasi Wheelrider. Saiz sederhana memenuhi saiz maksimum bagasi yang boleh dibawa masuk ke dalam kabin pesawat. Saiz besar pula mempunyai ruang yang cukup untuk menyimpan topi keledar. Fungsi tambahan lain bagasi ini ialah sebuah panel solar yang mengecas sebuah power bank. Keseluruhan beg diperbuat daripada gentian karbon untuk memastikan ianya tahan lasak dan kalis air.

Sistem bagasi Wheelrider sedang mengumpulkan dana untuk penjualan secara komersial. Harga jualan bermula dari  $190 (~RM 438) sebuah. Harga yang mahal untuk sebuah beg tetapi sekiranya anda tidak mahu lagi risau beg pakaian terjatuh, basah ataupun sukar dibawa ketika ingin balik kampung, ini adalah antara pilihan yang ada di pasaran.

Wheelrider-2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd