Uber sebelum ini telah hadir dengan beberapa penawaran khusus seperti ais krim percuma dan sebagainya. Terkini, mereka turut mengumumkan kerjasama dengan pihak Zalora dalam membawa jurugaya kepada anda, dan memberikan nasihat fesyen.
Penawaran ini hanya terhad untuk hari Sabtu, 14 November 2015 sahaja, dimana anda boleh membuat tempahan jurugaya melalui aplikasi Uber antara pukul 12 tengah hari sehingga 6 petang.
Melalui tempahan tersebut, jurugaya akan hadir ke lokasi anda, dan seterusnya berkongsi pengalaman bergaya selama 15 minit. Anda juga berpeluan menerima barangan eksklusif daripada Zalora dan Uber melalui tempahan ini.
Uber akan mengenakan caj sebanyak RM5 untuk setiap tempahan berjaya. Ia akan terhad kepada kawasan Kuala Lumpur.