Google Dan MDeC Mengalakkan Kandungan Tempatan Melalui Program Made For YouTube

Google Dan MDeC Mengalakkan Kandungan Tempatan Melalui Program Made For YouTube

Diterbitkan pada November 13, 2015 oleh .

Dengan perkembangan arena internet, salah satu kandungan yang menerima tempias positif adalah kandungan berbentuk video. Platform terbesar yang menawarkan pelbagai kandungan video adalah YouTube yang dimiliki oleh Google, dan dalam usaha memperbanyakkan kandungan tempatan, serta menyokong usaha penerbit kecil tempatan, MDeC dan Google telah menjalankan program “Made for YouTube”.

Made for YouTube

Program ini adalah usaha sama antara MDeC dan Google dalam mempromosi kandungan kreatif tempatan, dimana mereka menyediakan sokongan untuk pembangun kandungan tempatan hadir dengan pelbagai kandungan video menarik untuk YouTube.

Ia juga merupakan salah satu usaha untuk memperkayakan lagi kandungan digital tempatan – apatah lagi dengan pelbagai media baru yang tumbuh bagaikan cendawan akhir-akhir ini.

Melalui program Made for YouTube ini, pembangun kandungan menerima sokongan fasiliti seperti di Malaysia Animation Creative Content Centre, sokongan dana, bantuan dan mentor, serta beberapa nasihat yang lain.

Sejak ia diperkenalkan, sebanyak 20 syarikat dan YouTuber telah dikenal pasti, yang meliputi arena animasi, permainan, ulasan, siri video, dan juga video muzik.

Beberapa saluran menarik turut dikongsikan pihak MDeC dan juga Google Malaysia, termasuk antaranya adalah Les Copaque, Animonsta dan juga DD Animation.


TIPS & ULASAN