ZTE Blade S7 Diperkenalkan Dengan Kamera Hadapan 13-Megapixel PDAF Dilengkapi Lampu Flash
ZTE

ZTE Blade S7 Diperkenalkan Dengan Kamera Hadapan 13-Megapixel PDAF Dilengkapi Lampu Flash

Diterbitkan pada November 14, 2015 oleh .

ZTE pada awal tahun ini telah memperkenalkan telefon pintar ZTE Blade S6 yang membawakan rekaan seumpama iPhone. Kini, selang sepuluh bulan sejak pengenalannya, ZTE hari ini turut telah mengumumkan ZTE Blade S7.

ZTE Blade S7

ZTE Blade S7 ini memfokuskan kepada sokongan selfie, dimana telefon pintar ini hadir dengan kamera hadapan 13-megapixel. Bukan itu sahaja, malah kamera hadapannya turut dilengkapi dengan sokongan flash serta teknologi PDAF untuk rakaman lebih baik. Kamera hadapan ZTE Blade S7 turut boleh digunakan untuk rakaman gambar panorama, selain dari segi perisan, pihak ZTE menyertakan lebih 14 mod rakaman beautify berbeza pada peranti ini.

Selain daripadanya, dari segi spesifikasi, ZTE Blade S7 hadir dengan skrin 5-inci dengan paparan HD penuh, kaca skrin hadapan 2.5D, dan menggunakan bingkai berasaskan logam, serta kaca Gorilla Glass 3 pada bahagian hadapan dan belakang.

Telefon pintar ini menggunakan cip Snapdragon 615, dan memori 3GB RAM DDR3. Ia turut menggunakan Android 5.1.1 Lollipop serta dilengkapi antaramuka ZTE MiFavor 3.2.

Untuk kamera belakang, ZTE Blade S7 hadir dengan kamera 13-megapixeljuga, serta dilengkapi sokongan laser autofokus. Ciri-ciri lain yang turut disertakan adalah sokongan pengimbas cap jari, serta sokongan gesture untuk akses pantas.

ZTE Blade S7 akan dijual di Asia Pasifik tidak lama lagi, bermula daripada Thailand.

ZTE Blade S7


TIPS & ULASAN