Microsoft Memperkenalkan PowerPoint Designer Dan Morph – Menjadikan Pembentangan Anda Lebih Menarik

Microsoft Memperkenalkan PowerPoint Designer Dan Morph – Menjadikan Pembentangan Anda Lebih Menarik

Diterbitkan pada November 14, 2015 oleh .

Microsoft PowerPoint merupakan salah satu perisian pejabat yang digunakan secara meluas di seluruh dunia dalam menyediakan fail berbentuk pembentangan dan persembahan. Sehingga kini, ia boleh dikatakan rekaan dan kesan animasi yang dibawakan oleh PowerPoint agak biasa dan kadang-kala membosankan. Untuk mengubah perkara ini, Microsoft hari ini memperkenalkan PowerPoint Designer dan juga Morph.

PowerPoint Designer dan Morph berfungsi secara pintar dengan menganalisa kandungan PowerPoint anda dan mencadangkan kepada anda apa yang sesuai.

PowerPoint Designer menggunakan sokongan teknologi awan dan pembelajaran mesin untuk mencadangkan kepada pengguna rekaan pembentangan yang menarik berdasarkan kepada gambar pertama yang ditambah oleh pengguna di PowerPoint. Sebaik sahaja menambah gambar, ia akan dianalisa dan cadangan bersesuaian akan dipaparkan pada panel bahagian kanan. Microsoft mengatakan jika tiada sebarang cadangan, maka tiada panel akan muncul pada bahagian kanan.

PowerPoint Designer

Dengan PowerPoint Designer, Microsoft mengatakan ini membolehkan anda hadir dengan rekaan yang lebih profesional menggunakan masa yang lebih singkat lagi.

PowerPoint Morph

Disamping PowerPoint Designer, Microsoft turut mengumumkan Morph, yang mana membawa kesan animasi professional pada PowerPoint. Ia menawarkan kesan animasi cinematic, menjadikan pembentangan dan persembahan anda tampak lebih profesional.

Kedua-dua fungsi ini akan hadir kepada pengguna PowerPoint 2016 di Windows tidak lama lagi, sebelum diperluaskan ke platform-platform lain.


TIPS & ULASAN