Huawei Memperlihatkan Pengecasan Pantas Yang Mampu Mengecas Bateri 3000mAh Sehingga 48% Dalam 5 Minit

Huawei Memperlihatkan Pengecasan Pantas Yang Mampu Mengecas Bateri 3000mAh Sehingga 48% Dalam 5 Minit

Diterbitkan pada November 14, 2015 oleh .

Inovasi dalam arena bateri akhir-akhir ini dilihat lebih menumpukan kepada sokongan pengecasan pantas. Terkini, hari ini pihak Huawei melalui Watt Lab mempertontonkan teknologi pengecasan pantas untuk bateri lithium-ion yang berfungsi lebih 10 kali ganda pantas berbanding sedia ada.

Huawei Bateri

Huawei mempertontonkan dua video untuk teknologi pengecasan pantas ini – dimana yang pertama memperlihatkan bateri dengan kapasiti 600mAh yang boleh dicas sehingga 68% dalam masa hanya 2 minit. Melalui satu lagi demo yang diperlihatkan, Huawei mempertontonkan kebolehan mengecas bateri berkapasiti 3000mAh sehingga 48% dalam masa hanya lima minit – sekaligus menawarkan masa panggilan selama 10 jam.

Huawei mengatakan dalam menjayakan perkara ini, mereka menggunakan heteroatom yang mana menjadikan pengecasan lebih pantas, tanpa memberikan kesan kepada jangka hayat bateri.

Kejayaan baru daripada pihak Huawei ini dilihat akan membawa kepada pelbagai kelebihan dan revolusi baru dalam arena peranti mudah-alih elektronik.

Ia tidak diketahui lagi bilakah Huawei merancang untuk mengintegrasikannya pada telefon pintar dan peralatan elektronik mereka.


TIPS & ULASAN