Carian
Carian Pada Apple AppStore Kini Memaparkan Hasil Yang Lebih Baik Dan Relevan
November 15, 2015 Aman

Bagi pengguna peranti mudah-alih Apple, salah satu perkara yang kurang digemari adalah sokongan carian pada AppStore – dimana ia jarang memaparkan hasil carian yang baik dan berkaitan kepada kata kunci yang digunakan.

Perkara tersebut kini dilihat telah berubah, dan Apple kini telah mula mengimplementasikan algoritma terbaru dalam menawarkan hasil dan keputusan carian yang lebih relevan kepada pengguna.

AppStoreGames

Sebelum ini, sering kali Apple memaparkan keputusan carian berdasarkan kepada apa yang digunakan oleh pembangun aplikasi pada bahagian tajuk aplikasi atau pada bahagian kata kunci. Kini, Apple tidak lagi bergantung kepadanya, sebaliknya memaparkan aplikasi yang lebih berkaitan – termasuk aplikasi-aplikasi daripada pesiang.

Sebagai contoh, sebelum ini, jika anda membuat carian kata kunci “Twitter”, anda akan turut diperlihatkan dengan aplikasi Instagram pada hasil carian. Kini, ia tidak lagi, dan Apple memaparkan hasil carian seperti “Tweetbot”, dan “Twitterrific”.

Perubahan ini semestinya akan diminati ramai pengguna seluruh dunia, dan pada masa yang sama tidak lagi memerlukan pembangun menaip nama aplikasi yang panjang seperti sebelum-sebelum ini.

Komen