Peranti Pintar Menyelamatkan Pemuda Dari Menjadi Mangsa Serangan Bom Di Paris

Peranti Pintar Menyelamatkan Pemuda Dari Menjadi Mangsa Serangan Bom Di Paris

Diterbitkan pada November 15, 2015 oleh .

Serangan pengganas di Paris semalam meragut sekurang-kurangnya 128 nyawa dan mencederakan 325 lagi orang awam. Ia dalah serangan terancang yang dilakukan di lima lokasi sekitar Paris. Sehingga laporan ini ditulis tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat. Antara lokasi yang diserang ialah Stade Di France. Pada waktu kejadian berlangsung perlawanan bola sepak di antara Perancis dan Jerman. Tiga buah bom diletupkan di pintu masuk stadium mengakibatkan lima kematian.

Samsung Galaxy Paris Bom

Seorang pemuda terselamat dari menjadi mangsa selepas telefon pintar Samsung Galaxy S6 Edge beliau menyerap serpihan bom yang meletup. Beliau sedang bercakap menggunakan peranti pintar ini ketika serangan dilakukan. Sekiranya peranti tidak menyerap serpihan yang meletup beliau mungkin akan terbunuh atau sekurang-kurangnya mengalami kecederaan kepala yang kritikal.

Ini bukanlah kejadian pertama sebuah peranti pintar menjadi “jaket kalis peluru” yang menyelamatkan pengguna. Pada tahun 2010 seorang anggota polis Brazil terselamat selepas Lumia 520 milik beliau menahan peluru yang ditembak seorang perompak yang cuba memasuki rumah ibu beliau. Setahun selepas itu seorang pengawal keselamatan kelab malam di Atlanta Georgia diselamatkan oleh sebuah HTC Evo 3D yang diletakkan di kocek jaket beliau. Tanpa telefon pintar ini peluru tersebut mungkin sudah menembusi jantung beliau.


TIPS & ULASAN