Cari @ Amanz

Digi hari ini secara rasminya telah menambah penawaran perkhidmatan penstriman Apple Music dibawah label Digi Music Freedom – sekaligus membolehkan para pengguna dan pelanggan Digi menikmati penstriman Apple Music tanpa perlu risau akan caj data bulanan mereka.

Untuk menikmati Digi Music Freedom ini, pengguna terlebih dahulu perlu memuat-turun aplikasi khusus yang disediakan oleh Digi, dan mengaktifkan aplikasi penstriman muzik yang dikehendaki mereka melaluinya.

Digi Music Freedom

Walaupun Digi menawarkan perkhidmatan penstriman ini secara percuma, pengguna masih tertakluk untuk membuat langganan melalui aplikasi penstriman muzik yang digemari mereka – sebagai contoh untuk Apple Music. Digi mengatakan mereka menawarkan Digi Music Freedom ini secara percuma tanpa sebarang caj langganan sehingga 31 Disember 2015 ini.

Sebelum ini pihak Digi seperti memberikan petanda akan mengenakan caj bulanan RM3 untuk pas Digi Music Freedom ini yang mana boleh dikatakan agak murah bagi anda yang sering mendengar muzik dimana-mana menggunakan data peranti mudah-alih. Namun, kini ia tidak diketahui lagi sama ada Digi akan mengenakan caj RM3 bermula tahun hadapan – atau hadir dengan caj yang baru, atau mengekalkannya percuma.

Melalui Digi Music Freedom, sejumlah perkhidmatan penstriman muzik disokong melaluinya, termasuk Spotify, Deezer, Rdio, Raku, JOOX, Tidal, Guvera, Samsung Milk Music, dan juga Mix Radio. Apple Music merupakan penambahan terbaru oleh Digi kepada koleksi perkhidmatan yang disokong dibawah Digi Music Freedom. Apple Music sebelum ini telah diperkenalkan untuk pengguna iPhone, dan turut telah diperluaskan untuk pengguna Android baru-baru ini.

Untuk sah menggunakan Digi Music Freedom juga, pengguna perlu memastikan mempunyai pelan internet yang aktif untuk pakej prabayar atau pascabayar – sebaliknya Digi akan mengekan caj penggunaan data seperti biasa untuk perkhidmatan penstriman muzik ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd