Bilik Rahsia Fallout 4 Membolehkan Anda Mendapatkan Semua Barang Secara Percuma
Artikel Berkaitan

Bilik Rahsia Fallout 4 Membolehkan Anda Mendapatkan Semua Barang Secara Percuma

Diterbitkan pada November 16, 2015 oleh .

Fallout 4 ialah permainan terhangat minggu ini dengan jualan mencecah $750 Juta pada hari pertama. Ini meletakkannya sebagai permainan kedua terhangat di belakang GTA V yang mencapai jualan $800 Juta pada hari pertama. Permainan ini sangat popular dan kini memegang rekod jumlah pemain serentak tertinggi di Steam dengan lebih dari 475000 pengguna. Jumlah jualan ini tidak mengejutkan kerana Fallout ialah antara siri permainan yang paling diminati pengguna tanpa mengira platform.Seperti biasa permainan RPG seperti ini memerlukan anda bermain selama ratusan jam sebelum dapat mengumpul senjata dan alatan terbaik. Tetapi sekiranya tidak mempunyai masa untuk mencari senjata terbaik Fallout 4, sebuah bilik rahsia sudah ditemui untuk memudahkan anda mendapatkan apa yang diinginkan.

Bilik rahsia ini hanya boleh dimasuki oleh pengguna PC. Anda perlu memasuki console command dan menaip “COC QASMOKE”. Anda secara automatik akan memasuki bilik khas yang penuhi kesemua senjata, ubat-ubatan, peluru dan barangan yang boleh ditemui di dalam dunia Fallout 4. Barangan di dalam bilik ini boleh diambil secara percuma. Untuk keluar dari bilik ini anda masuk semula ke console command dan menaip “COC RedRocketExt“. Kini watak anda akan dilengkapi senjata terbaik dan tidak perlu bersusah payah mencarinya secara manual.


TIPS & ULASAN