Perancangan Program Angkawasan Kedua Malaysia Akan Dibentang MOSTI Pada Tahun 2016

Perancangan Program Angkawasan Kedua Malaysia Akan Dibentang MOSTI Pada Tahun 2016

Diterbitkan pada November 16, 2015 oleh .

Program Angkasawan Negara Malaysia yang pertama telah dilaksanakan pada tahun 2007 yang lepas, dan sebelum ini, kerajaan telah merancang untuk menghantar angkasawan kedua ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menjelang tahun 2016.

Dr SheikhMelalui perkongsian terkini, MOSTI dilihat akan membentangkan cadangan kepada kerajaan menjelang penghujung tahun 2016 kelak berkenaan misi dan perancangan yang akan dilakukan kelak dibawah program angkasawan kedua negara.

Misi untuk program angkasawan kedua ini dijangka berbeza. Malah, kosnya juga diambil-kira dengan lebih berat, memandangkan untuk misi kedua ini kerajaan akan perlu membayar kos sepenuhnya, dan tidak lagi seperti misi pertama yang di offset dengan perdagangan bersama kerajaan Russia. Kos belanja dijangka paling minimum sekitar RM100 juta. Dengan keadaan ekonomi masa kini, semestinya MOSTI perlu hadir dengan program yang baik dan menguntungkan semua pihak supaya ia menerima sokongan daripada pakar dalam industri aeroangkasa mahupun yang lain.

Siapakah yang akan melakukan misi ini juga masih belum ditentukan lagi, dan semua calon perlu melalui kembali ujian pemilihan seperti sebelumnya.

Akhir-akhir ini, minat orang ramai berkenaan kajian aeroangkasa mula meningkat kembali – apatah lagi dengan pelbagai penemuan baru di Marikh, selain filem-filem yang mempromosi arena aeroangkasa ini.


TIPS & ULASAN