Digi Mengatakan Rangkaian 4G LTE Mereka Kini Meliputi 60%, VoLTE dan VoWiFi Akan Datang 2016

Digi Mengatakan Rangkaian 4G LTE Mereka Kini Meliputi 60%, VoLTE dan VoWiFi Akan Datang 2016

Diterbitkan pada November 16, 2015 oleh .

Perang antara syarikat telekomunikasi sering menguntungkan para pengguna. Beberapa minggu lepas Maxis telah mengumumkan yang mana mereka kini meliputi 55% kawasan berpenduduk di Malaysia dengan rangkaian 4G LTE, dan kini Digi hadir kembali mengatakan mereka menawarkan liputan rangkaian 4G LTE terluas dengan meliputi 60% kawasan berpenduduk di Malaysia.

Digi 4G LTE

Disamping itu, pihak Digi turut berkongsi beberapa perancangan mereka untuk tahun akan datang, termasuk menyasarkan pengenalan sokongan VoLTE dan juga VoWiFi.

Digi sebelum ini telah sedia mengumumkan permulaan ujian untuk VoLTE yang mana menggunakan rangkaian 4G LTE untuk panggilan telefon – sekaligus menawarkan kualiti audio yang lebih baik, selain memudahkan pengguna untuk menikmati panggilan dan melayari internet pada waktu yang sama.

Digi turut mengatakan mereka akan memperkenalkan VoWiFi (voice over WiFi) pada tahun hadapan untuk pelanggan mereka.

Digi 4G LTE

Digi 4G LTE

Disamping itu, Digi ingin menawarkan akses rangkaian yang stabil untuk semua pengguna mereka – mengatakan kini pengguna boleh menikmati kelajuan 10Mbps yang stabil hampir 80% daripada waktu penggunaan. Walaupun Digi mengatakan mereka mempunyai rangkaian 4G LTE yang terluas, tetapi dari segi kelajuan internet yang dikongsikan mereka, ia seperti tidak mencapai piawaian. Malah, boleh dikatakan ramai pengguna masih sukar mendapatkan perkhidmatan 4G LTE mereka.

Pada hari ini juga, Digi turut mengumumkan permulaan kempen media sosial mereka untuk mengetahui dimanakah pengguna inginkan rangkaian 4G LTE mereka. Pengguna boleh menghantar Tweet kepada pihak Digi ((@mydigi) dengan hashtag #DigiWeWant4G – sekaligus mereka akan berusaha untuk memperkenalkan rangkaian 4G LTE dikawasan anda.


TIPS & ULASAN